Saturday, August 27, 2011

Jelajah Dakwah Jabatan Amal Malaysia ke Sabah

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, rombongan Jabatan Amal Malaysia seramai 14 orang termasuk muslimat sekali lagi telah melaksanakan Jelajah Dakwah Ramadhan di Sabah. Program yang diketuai oleh Ustaz Akhwan Afendi ini turut di sertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, saudara Johari Osman, Pengarah Jabatan Amal Perak, Pengarah Jabatan Amal Pahang beserta ALP Pusat dan muslimat bersama-sama kanak-kanak seusia 2 tahun.

Program selama 4 hari bermula dari 18hb hingga 22hb ini, telah menumpukan dua daerah utama iaitu Pitas dan Ranau. Program berbuka puasa bersama penduduk, anak angkat dan penyerahan sumbangan telah diadakan sebagai usaha mendekati masyarakat dalam melaksanakan 'Dakwah Bil Hal'. Menurut ustaz Akhwan, "Program seumpama ini sepatutnya menjadi amalan oleh semua pihak tertutamanya kepada golongan-golongan pendakwah. Ini adalah kerana dakwah bukan sekadar disampailkan secara lisan, tetapi dakwah perlu disampaikan sehingga ke dapur-dapur rumah, bagi memastikan golongan sasaran berasa kehadiran pendakwah dalam kehidupan seharian mereka dan inilah yang kami lakukan".

Rata-rata penduduk yang ditemui berasa sangat gembira dengan kehadiran rombongan kerana selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim, mereka juga turut diajar cara mengamalkan Islam yang sebenar.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah Jabatan Amal Negeri Sabah


20hb, Kundasang: Turut diadakan ialah majlis serah menyerah tugas sebagai simbolik penyerahan tugas Pengarah Jab.Amal Sabah oleh Saudara Saifuddin Samsuddin kepada Saudara Haris Iskandar. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia dan Ketua Setiausaha, saudara Azwan Abdullah.

Saudara Saifuddin Samsuddin pada ucapan akhirnya, beliau telah menyatakan bahawa Jabatan Amal Negeri Sabah kini telah berkembang ke seluruh negeri Sabah dengan adanya Jab.Amal Sepanggar, Jab.Amal Tawau, Jab.Amal Sandakan, Jab.Amal Kota Belud, Jab.Amal Kota Marudu, Jab.Amal Kudat dan Jab.Amal Keningau. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Unit Amal Sabah kerana memberi kepercayaan kepada beliau selama lebih 3 tahun dalam memimpin AMAL Sabah. Pada hujung ucapan beliau, beliau mengharapkan kepimpinan saudara Haris Iskandar akan terus maju kehadapan di dalam menyusun program dan keanggotaan bagi memastikan Jabatan Amal Sabah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekiranya diperlukan. Pada majlis tersebut juga, pihak AMAL Pusat telah menyerahkan bendera kepada wakil-wakil kawasan yang hadir.

-gambar akan dimuatkan-

Monday, March 21, 2011

Liga Futsal Unit Amal Sepangar

Sepangar, 20hb Mac: Jabatan Amal kawasan Sepangar hari ini telah melancarkan dengan rasminya pasukan Futsal unit amal kawasan yang dinamakan 'Unit Amal Dream Team'. Pasukan ini ditubuhkan bagi menyediakan ruang kepada pemuda-pemuda yang berminat dengan sukan Futsal untuk beraksi atas nama Unit Amal.

Pasukan Futsal: Unit Amal Dream Team

Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Amal kawasan Sepangar telah berjaya menganjurkan Liga Futsal Unit Amal 2011. Program yang diadakan di Futsal City, Rampayan ini telah mendapat sambutan dari 7 buah pasukan futsal disekitar Sepangar yang mewakili kampung-kampung mereka. Pertandingan yang dianjurkan ini menghadiahkan wang tunai sebanyak RM400 kepada juara, RM300 naib juara dan RM200 tempat ketiga.


Pada sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ust Zulfikar Abdullah sebelum pertandingan dimulakan, beliau mengingatkan kepada para peserta bahawa hasrat penganjuran Liga Futsal ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan membina persahabatan. Selain dari itu beliau mengingatkan bahawa bersukan merupakan satu ibadah, maka ianya pasti akan memberi pahala, maka bermainlah dengan penuh disiplin dan berhemah.

Pada pertandingan ini pasukan DullBlas dari Kg.Kibagu telah berjaya menjadi juara. Tahniah kepada semua pasukan yang terlibat dan juga urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini juga kepada para penyumbang (sponcer). Jumpa lagi pada Liga Futsal Unt Amal 2012 nanti.

Gambar sekitar pertandingan:

Perlawanan akhir sedang berlangsung antara Warisan FC vs Dullblass Team

Pasukan Dullblas menjulang piala kemenangan Liga Futsal Unit Amal 2011

Juara dan Naib Juara bergambar bersama

Pasukan yang tidak berjaya juga turut mendapat cenderahati (hamper)

Bergambar bersama pengadil profesional



HIKING AMAL @ BUKIT GELAS WATERFALL , TAMAN BUKIT TAWAU.

Sumber: http://amaltawau.blogspot.com/

TAWAU - Seramai 25 orang ahli Unit Amal dan Briged Amal Kawasan Tawau telah mengadakan program riadah lasak iaitu hiking ke Air terjun Bukit Gelas, taman Bukit Tawau. Perjalanan sejauh 2.7 Km yang tapak program benar-benar menguji ketahanan fizikal ahli-ahli amal dengan keadaan laluan yang amat mencabar dilitupi hutan tebal, bukit yang licin dan sungai yang deras, sehingga terdapat ahli yang sesat dan tercedera ketika menuruni bukit sehingga terpaksa di papah sejauh 2.5 km. Tahniah kepada saudara hidayat yang mempunyai semangat yang kental untuk sampai dan pulang dengan selamat walaupun keadaan yang amat menyakitkan. Kepada semua yang menjayakan program ini tahniah dan syabas terutamnya kepada Pengarah program sdr herry... Ini adalah program sebelum cabaran lebih hebat ketika Jambori AMAL Ke-3....

Seorang ahli cedera, namun semangat wajanya harus di puji

Memerhati kebesaran ALLAH

Suasana yang damai dan indah

Ucapan Pengerusi Unit AMAL Tawau

Menongkah sungai untuk meneruskan perjalanan

Rimba yang mendamaikan

Doa dipohon memhon keselamatan

Bersiap untuk pulang

tazkirah oleh Ust Muemin, Insafi kebesaran ALLAH

Air terjun Bukit gelas yang memukau

Hiking untuk menyihatkan badan

Sumbangan bekalan buras untuk setiap ahli

Jambatan gantung menuju Air Panas

Senyuman kepuasan program

Anggota Ahli Unit Amal Tawau bersedia untuk cabaran

Tuesday, November 30, 2010

Perkemahan Briged Amal Pantai Barat

Tanggal 5-7 November yang lepas, Jabatan Amal negeri Sabah sekali lagi mencipta sejarah apabila 32 orang remaja daripada pantai barat Sabah berkampung di Tambunan selama 3 hari bagi menjayakan Kem Briged Amal yang pertama sepertinya di Zon Pantai Barat. Remaja-remaja tersebut merangkumi peserta daripada Tuaran, Kota Kinabalu dan Tambunan sendiri memulakan perkhemahan di Masjid Tambunan pada Jumaat malam dengan menyantuni masyarakat sekitar pekan Tambunan. Dengan semangat dan tekad 'Beramal Kerana Allah', peserta mengunjungi restoran, stesyen minyak dan rumah penduduk untuk menawarkan khidmat percuma dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Keesokannya, disiplin para peserta dibentuk dengan latihan kawad kaki sebelum didedahkan dengan asas seni mempertahankan diri oleh jurulatih jemputan. Seterusnya mereka berjalan kaki sejauh 16km sambil menyiapkan tugasan yang telah diberikan untuk sampai ke tapak perkhemahan di Kampung Kaingaran. Kemampuan peserta berjalan sebegitu jauh mendaki bukit dan meredah jalan kampung wajar dipuji.

Kira-kira jam 11 pagi, para peserta yang telah tiba di tapak kem diarahkan mendirikan khemah masing-masing selain diagihkan tugasan memasak, menghantar envoy kepada penduduk kampung, mendirikan khemah utama, tandas dan menara kawalan. Khidmat 2 orang ahli pengakap Tambunan yang diketuai saudara Zul membolehkan para peserta mempelajari beberapa teknik ikatan dan kaedah mendirikan menara kawalan secara tidak langsung sepanjang perkhemahan.

Latihan seni mempertahankan diri yang diajar oleh sifu Amir

Latihan menggunakan kompas sedang diajar oleh bro nurilhaq

War Game melatih peserta mengatur strategi

Kompeni B bergambar sebelum permainan 'war game'

Petang itu, peserta diajar menghasilkan gajet sebelum dibawa mengikuti aktiviti larian komando, dan mempersembahkan bakat berkumpulan di dalam Malam Kesenian pada sebelah malamnya. Hujan lebat yang turun menyebabkan sebahagian peserta mula sakit, walaupun masing-masing masih bertahan dan enggan meninggalkan tapak persembahan. Keesokannya, peserta melakukan aktiviti 'masak survivor', di mana mereka memasak tepung dan sardin,selain beberapa bahan mentah lain dengan menggunakan buluh dan kayu api. Aktiviti berakhir dengan 'war game' di mana ahli Amal diberi taklimat tentang penggunaan kompas dan asas navigasi, dan dilepaskan untuk mencari jalan masing-masing hingga sampai ke medan peperangan.


Aktiviti ikhtiar hidup (cara masak di dalam buluh)

Kuliah di dalam sungai untuk melatih ketahan mental (Ustaz Hatta bercerita soal mensyukuri nikmat..)

Selesai larian komando, siap sedia untuk solat maghrib

Aktiviti rempuh halangan menguji kerjasama kumpulan

Peserta diajar cara-cara ikatan gajet

Majlis penutupan dan pentauliahan 32 ahli baru Briged Amal Zon Pantai Barat telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Amal Sabah, Saudara Saifuddin Samsuddin dan disaksikan oleh Setiausaha Jabatan Amal, Saudara Sabarullah Ishak. Ahli-ahli Briged Amal menyatakan azam dan berikrar untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara pada bila-bila masa mereka dikerah dan dipanggil untuk 'Beramal Kerana Allah'.

Pengarah Jabatan Amal Saudara Saifuddin memberi ucapan sebelum mentauliahkan anggota-anggota Briged Amal

Tahniah diucapkan kepada semua ajk program yang telah berusaha menjayakan perkemahan ini serta kepada semua ahli Briged Amal yang menyertai.

Tuesday, August 31, 2010

Misi Dakwah AMAL Pusat

Sepanjang 22hb hingga 30hb baru-baru ini, AMAL pusat yang diketuai oleh Ust Akhwan Affendi bersama-sama anggota rombongan yang juga terdiri dari muslimat seramai 13 orang telah berkampung di Sabah. Rombongan misi dakwah pada kali ini telah berjaya mendekati penduduk muslim dan non-muslim di kawasan pendalaman Sabah. Antara kawasan yang telah dikunjungi oleh rombongan misi dakwah pada kali ini ialah sekitar pendalaman Ranau, Kudat, sekitar Kota Kinabalu dan Pulau Gaya.

Pendekatan dakwah yang dibawa oleh ahli rombongan sangat mendapat sambutan daripada penduduk tanpa mengira agama. Ada masyarakat yang bertanyakan, sama ada rombongan mereka ini sama seperti 'tabliq', namun dijawab oleh Ust Ishak yang juga salah seorang ahli rombongan bahawa, kerja dakwah mereka bukan hanya di masjid, tetapi kerja dakwah mereka sehingga di dapur-dapur penduduk. Malah ada juga yang turun berkebun dan berladang bersama-sama.

Anggota Amal Sabah bergambar sersama ahli rombongan di Kg. Lepasan.
Sdra Juhari (Ketua Pengarah) dua dari kanan.

Inilah tugas dakwah yang perlu dipikul oleh para da'ie bagi menyampaikan Islam ke tengah-tengah masyarakat. Antara yang bersama di dalam robongan tersebut ialah Ketua Pengarah Amal Malaysia, Sdr Juhari Usman. Kesepatan ini, Jabatan Amal negeri Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesungguhan rombongan hadir ke bumi Sabah.

Sunday, August 22, 2010

Unit Amal Sepanggar membantu pengedaran bubur lambuk percuma

18 Ogos, Indah Permai: Beberapa orang anggota Jabatan Amal baru-baru ini telah membantu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar bagi mengedar bubur lambuk di Bazar Ramadhan Indah Permai. Program yang dirancang oleh Lajnah Kebajikan DPP Sepanggar antara lain adalah bertujuan untuk memperkenalkan PAS pada masyarakat setempat.

Turut sama di dalam program tersebut ialah Sdr Lahirul Latigu yang juga Katua Dewan Pemuda PAS negeri Sabah. Sepanjang edaran bubur lambuk tersebut, didapati ianya mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pengunjung yang hadir. Berikut adalah gambar sepanjang program.

Bubur lambuk pemuda

Menyampaikan sumbangan bubur lambuk

Saudara Salman yang juga Ketua Penerangan Pemuda

Ketua Pemuda Negeri turut membantu

Dari Rakyat untuk Rakyat

Friday, June 4, 2010

Perbarisan Briged Amal: Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ke 23 telah berlangsung pada 29 Mei 2010 baru-baru ini bertempat di MB Hotel Tawau. Merasmikan muktamar tersebut ialah Dato Tn. Hj. Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS. Beliau sebelum dari itu telah menerima tabik hormat dari pasukan Briged Amal negeri Sabah dari kawasan Tawau. Seramai 20 anggota unit Amal negeri Sabah telah terlibat pada perbarisan tersebut.

Gambar sekitar perbarisan (gambar diambil dari pastawau.org).

Menyanyikan lagu amalulillah

Perbarisan anggota Briged Amal negeri Sabah


Pemeriksaan perbarisan