Sunday, January 31, 2010

Jabatan Amal Negeri Sabah membantu mangsa banjir Kota Marudu

30 Jan: Jabatan Amal Negeri Sabah sekali lagi telah membuktikan semangat 'Beramal kerana Allah'. Bertempat di Kota Marudu seramai hampir 50 orang anggota yang terdiri unit amal kawasan Sepanggar, unit amal kawasan Kota Belud dan unit amal kawasan Kudat telah turun ke kawasan mangsa banjir di Kg. Marudu, Kota Marudu.

Sumbangan barang keperluan yang terdiri daripada beras, pakaian terpakai serta buku.
Setibanya di kawasan kejadian, apa yang jelas kelihatan ialah timbunan pasir di jalan-jalan raya akibat daripada limpahan air sungai berdekatan. Juga kelihatan tebing-tebing sungai yang terhakis. Menurut penduduk setempat, banjir pada kali ini adalah antara yang paling teruk kerana melibatkan kemusnahan harta benda.

Bergerak ke kawasan yang dilanda banjir

Keadaan tebing sungai yang terhakis akibat banjir

Laluan jalan yang dipenuhi dengan timbunan pasir yang dibawa oleh arus banjir

Bantuan yang terdiri daripada beras dan pakaian terpakai telah di sampaikan kepada mangsa banjir dengan dibantu oleh penduduk setempat serta mendapat kerjasama yang baik dari pihak JKKK. Anggota jabatan amal telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan utama. Kumpulan pertama ditugaskan untuk membersihkan masjid, manakala kumpulan kedua dan ketiga telah ditugaskan untuk menyampaikan bantuan.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Negeri Sabah, saudara Amirul Saifuddin Sulaiman, kehadiran jabatan amal adalah bagi memenuhi tanggunjawab kemanusiaan di atas musibah yang telah berlaku di beberapa buah kampung di Kota Marudu. Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak seberapa, namun apa yang penting ialah sikap tolong menolong di dalam menghadapi musibah adalah yang terpenting. Menurut beliau lagi, misi kali pertama ini merupakan satu ujian kepada anggota amal diseluruh Sabah agar bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa bagi membantu mangsa bencana pada masa-masa akan datang.

Kesempatan ini Jabatan Amal Negeri Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan serta segala bentuk sumbangan yang telah disampaikan. Semoga ianya dikira sebagai amalan soleh untuk bekalan di akhirat kelak.

Lagi gambar sekitar misi bantuan.

Menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir

Keadaan lopak air akibat limpahan sungai berdekatan

Membawa barang keperluan (beras & pakaian) kepada mangsa banjir

Membersihkan lantai masjid yang dipenuhi lumpur dan pasir

Keadaan rumah yang rosak akibat dilanda banjir

Jabatan Amal Negeri Sabah terus beramal kerana Allah

Thursday, January 21, 2010

Banjir: Sukarelawan diperlukan!

Berikutan banjir yang melanda Kota Marudu, Jabatan Amal Negeri Sabah akan menghantar seberapa banyak sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bagi meringankan bebanan yang mereka hadapi. Mohon anggota unit amal seluruh Sabah untuk bersedia.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saudara syaiful (013-4898247)


Image

PENDUDUK kampung terpaksa mengangkut tong gas, mendukung anak dan memikul barang keperluan dari bandar melalui laluan sementara untuk menyambung perjalanan dengan pengangkutan yang menunggu di seberang akibat tanah runtuh di Km. 12, Jalan Marak- Parak, Kota Marudu, semalam. Gambar ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

Wednesday, January 6, 2010

MOTIVASI MINDA SUPER! 2010