Saturday, August 27, 2011

Jelajah Dakwah Jabatan Amal Malaysia ke Sabah

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, rombongan Jabatan Amal Malaysia seramai 14 orang termasuk muslimat sekali lagi telah melaksanakan Jelajah Dakwah Ramadhan di Sabah. Program yang diketuai oleh Ustaz Akhwan Afendi ini turut di sertai oleh Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, saudara Johari Osman, Pengarah Jabatan Amal Perak, Pengarah Jabatan Amal Pahang beserta ALP Pusat dan muslimat bersama-sama kanak-kanak seusia 2 tahun.

Program selama 4 hari bermula dari 18hb hingga 22hb ini, telah menumpukan dua daerah utama iaitu Pitas dan Ranau. Program berbuka puasa bersama penduduk, anak angkat dan penyerahan sumbangan telah diadakan sebagai usaha mendekati masyarakat dalam melaksanakan 'Dakwah Bil Hal'. Menurut ustaz Akhwan, "Program seumpama ini sepatutnya menjadi amalan oleh semua pihak tertutamanya kepada golongan-golongan pendakwah. Ini adalah kerana dakwah bukan sekadar disampailkan secara lisan, tetapi dakwah perlu disampaikan sehingga ke dapur-dapur rumah, bagi memastikan golongan sasaran berasa kehadiran pendakwah dalam kehidupan seharian mereka dan inilah yang kami lakukan".

Rata-rata penduduk yang ditemui berasa sangat gembira dengan kehadiran rombongan kerana selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim, mereka juga turut diajar cara mengamalkan Islam yang sebenar.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Majlis Serah Menyerah Tugas Pengarah Jabatan Amal Negeri Sabah


20hb, Kundasang: Turut diadakan ialah majlis serah menyerah tugas sebagai simbolik penyerahan tugas Pengarah Jab.Amal Sabah oleh Saudara Saifuddin Samsuddin kepada Saudara Haris Iskandar. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia dan Ketua Setiausaha, saudara Azwan Abdullah.

Saudara Saifuddin Samsuddin pada ucapan akhirnya, beliau telah menyatakan bahawa Jabatan Amal Negeri Sabah kini telah berkembang ke seluruh negeri Sabah dengan adanya Jab.Amal Sepanggar, Jab.Amal Tawau, Jab.Amal Sandakan, Jab.Amal Kota Belud, Jab.Amal Kota Marudu, Jab.Amal Kudat dan Jab.Amal Keningau. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Unit Amal Sabah kerana memberi kepercayaan kepada beliau selama lebih 3 tahun dalam memimpin AMAL Sabah. Pada hujung ucapan beliau, beliau mengharapkan kepimpinan saudara Haris Iskandar akan terus maju kehadapan di dalam menyusun program dan keanggotaan bagi memastikan Jabatan Amal Sabah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekiranya diperlukan. Pada majlis tersebut juga, pihak AMAL Pusat telah menyerahkan bendera kepada wakil-wakil kawasan yang hadir.

-gambar akan dimuatkan-

0 comments: