Tuesday, May 18, 2010

Jabatan Amal membantu kelancaran Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat

Pada 16 Mei baru-baru ini, satu majlis Makan Malam Pakatan Rakyat bersama Tn. Guru Dato Seri Hj.Abd Hadi Awang yang juga Presiden PAS, telah diadakan di Dewan Conference Event Centre Star City, Kota Kinabalu. Majlis ini diadakan adalah bagi mengumpul dana sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 nanti.

Bagi memastikan program yang dianjurkan ini berjalan dengan lancar, Jabatan Amal negeri Sabah dengan seramai lebih 20 anggota telah memberi komitmen yang terbaik bagi memastikan program yang dirancang dapat berjalan seperti yang dirancang.

Program yang berakhir pada pukul 11.00 malam ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kehadiran lebih dari 700 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan bahawa gelombang perubahan semakin dirasai di bumi Sabah.

Gambar sekitar Majlis Makan Malam.

Mengiringi presiden ke dewan makan

Tn Guru Presiden menyampaikan amanat

Antara tetamu yang hadir

Pimpinan menjamu selera

Anggota Jabatan Amal negeri Sabah menjamu selera sebelum meneruskan tugas

Antara pimpinan Jabatan Amal yang membantu

Mengiring presiden ke kenderaan rasmi

Beramal kerana Allah.

0 comments: