Monday, March 21, 2011

Liga Futsal Unit Amal Sepangar

Sepangar, 20hb Mac: Jabatan Amal kawasan Sepangar hari ini telah melancarkan dengan rasminya pasukan Futsal unit amal kawasan yang dinamakan 'Unit Amal Dream Team'. Pasukan ini ditubuhkan bagi menyediakan ruang kepada pemuda-pemuda yang berminat dengan sukan Futsal untuk beraksi atas nama Unit Amal.

Pasukan Futsal: Unit Amal Dream Team

Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Amal kawasan Sepangar telah berjaya menganjurkan Liga Futsal Unit Amal 2011. Program yang diadakan di Futsal City, Rampayan ini telah mendapat sambutan dari 7 buah pasukan futsal disekitar Sepangar yang mewakili kampung-kampung mereka. Pertandingan yang dianjurkan ini menghadiahkan wang tunai sebanyak RM400 kepada juara, RM300 naib juara dan RM200 tempat ketiga.


Pada sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ust Zulfikar Abdullah sebelum pertandingan dimulakan, beliau mengingatkan kepada para peserta bahawa hasrat penganjuran Liga Futsal ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan membina persahabatan. Selain dari itu beliau mengingatkan bahawa bersukan merupakan satu ibadah, maka ianya pasti akan memberi pahala, maka bermainlah dengan penuh disiplin dan berhemah.

Pada pertandingan ini pasukan DullBlas dari Kg.Kibagu telah berjaya menjadi juara. Tahniah kepada semua pasukan yang terlibat dan juga urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini juga kepada para penyumbang (sponcer). Jumpa lagi pada Liga Futsal Unt Amal 2012 nanti.

Gambar sekitar pertandingan:

Perlawanan akhir sedang berlangsung antara Warisan FC vs Dullblass Team

Pasukan Dullblas menjulang piala kemenangan Liga Futsal Unit Amal 2011

Juara dan Naib Juara bergambar bersama

Pasukan yang tidak berjaya juga turut mendapat cenderahati (hamper)

Bergambar bersama pengadil profesional



0 comments: