Tuesday, August 31, 2010

Misi Dakwah AMAL Pusat

Sepanjang 22hb hingga 30hb baru-baru ini, AMAL pusat yang diketuai oleh Ust Akhwan Affendi bersama-sama anggota rombongan yang juga terdiri dari muslimat seramai 13 orang telah berkampung di Sabah. Rombongan misi dakwah pada kali ini telah berjaya mendekati penduduk muslim dan non-muslim di kawasan pendalaman Sabah. Antara kawasan yang telah dikunjungi oleh rombongan misi dakwah pada kali ini ialah sekitar pendalaman Ranau, Kudat, sekitar Kota Kinabalu dan Pulau Gaya.

Pendekatan dakwah yang dibawa oleh ahli rombongan sangat mendapat sambutan daripada penduduk tanpa mengira agama. Ada masyarakat yang bertanyakan, sama ada rombongan mereka ini sama seperti 'tabliq', namun dijawab oleh Ust Ishak yang juga salah seorang ahli rombongan bahawa, kerja dakwah mereka bukan hanya di masjid, tetapi kerja dakwah mereka sehingga di dapur-dapur penduduk. Malah ada juga yang turun berkebun dan berladang bersama-sama.

Anggota Amal Sabah bergambar sersama ahli rombongan di Kg. Lepasan.
Sdra Juhari (Ketua Pengarah) dua dari kanan.

Inilah tugas dakwah yang perlu dipikul oleh para da'ie bagi menyampaikan Islam ke tengah-tengah masyarakat. Antara yang bersama di dalam robongan tersebut ialah Ketua Pengarah Amal Malaysia, Sdr Juhari Usman. Kesepatan ini, Jabatan Amal negeri Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesungguhan rombongan hadir ke bumi Sabah.

Sunday, August 22, 2010

Unit Amal Sepanggar membantu pengedaran bubur lambuk percuma

18 Ogos, Indah Permai: Beberapa orang anggota Jabatan Amal baru-baru ini telah membantu Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar bagi mengedar bubur lambuk di Bazar Ramadhan Indah Permai. Program yang dirancang oleh Lajnah Kebajikan DPP Sepanggar antara lain adalah bertujuan untuk memperkenalkan PAS pada masyarakat setempat.

Turut sama di dalam program tersebut ialah Sdr Lahirul Latigu yang juga Katua Dewan Pemuda PAS negeri Sabah. Sepanjang edaran bubur lambuk tersebut, didapati ianya mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pengunjung yang hadir. Berikut adalah gambar sepanjang program.

Bubur lambuk pemuda

Menyampaikan sumbangan bubur lambuk

Saudara Salman yang juga Ketua Penerangan Pemuda

Ketua Pemuda Negeri turut membantu

Dari Rakyat untuk Rakyat