Monday, December 14, 2009

Amal Care : PASTI NURUL FALAH

Baru-baru ini(Khamis), Unit Amal Tawau telah turun padang bergotong-royong membaik pulih PASTI Nurul Falah, Kg. Titingan. Ia merupakan penerus kepada program-program kebajikan yang dilakasanan jabatan ini sepanjang tahun. Amal Care pada kali ini disertai seramai 20 orang terdiri daripada ahli Unit Amal Kawasan Tawau.

From amal care

From amal care

From amal care

From amal care

Sepanjang akitivi ini, kawasan siling dan dinding PASTI yang telah reput digantikan dengan papan yang baru. Selain itu, kawasan sekitar PASTI turut dibersihkan dan bahagian pintu pagar dicat dengan warna yang baru.

From amal care

From amal care

From amal care

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada Mudir dan juga guru-guru PASTI dengan turut bersama-sama sepanjang akitiviti gotong-royong dijalankan. Mudir PASTI Nurul Falah, Sdr. Adry Sabri ketika ditemui melahirkan ucapan penghargaan kepada semua ahli Jabatan Amal yang turun mengindahkan PASTI dibawa kelolaan beliau. Beliau berharap, pelajar-pelajar PASTI akan dapat belajr dengan lebih selesa dalam keadaan kondusif sebaik sesi baru bermula tahun depan.

From amal care

Pengarah Program, Sdr. Zulkifli turut berbesar hati melihat kesungguhan para ahli jabatan amal bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja yang telah diamanahkan. Keseronokan bekerjasam a dengan diiringi gurauan sahbat-sahabat meyebabkan keletihan bergotong-royong tidak dirasai. Program berakhir kira-kira pukul 2.30 petang selepas menjamuh juadah tengah hari yang disediakan ajk pelaksana.

Pengerusi Unit Amal Tawau yang turut hadir ketika ditemui mengharapkan program-program kebajikan semisalnya dapat diteruskan dan digiatkan lagi di daerah Tawau ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli-ahli yang pulang bercuti kerana sanggup menginfakkan cuti belajar berbanding dengan mahasiswa lain yang mungkin sedang bercuti bersama keluarga tercinta.

Saturday, November 14, 2009

Unit Amal Sepanggar membantu kelancaran Ihtifal PASTI.

14 Nov, Kota Kinabalu: Seramai 15 orang anggota Unit Amal telah membantu program Ihtifal PASTI kawasan Pantai Barat. Program tahunan PASTI ini telah diadakan di Dewan Pusat Perdagangan Sabah, Kota Kinabalu dan disertai oleh hampir 20 buah buah Pasti.

Amal Ust Hafiz dan Amal Razimi membantu kelancaran majlis ihtifal.

Selain dari membantu kelancaran program, unit amal kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar juga menganjurkan kempen derma darah. Program ini telah mendapat kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Program berakhir pada pukul 12.30 petang.


Amal Saifuddin Samsuddin (Peng. Jab. Amal Negeri Sabah) menderma darah, kelihatan Amal Fakar Abdullah (Tim. 1) turut sama membantu kelancaran program.


Semoga amal yang dibuat mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Tahniah kepada semua anggota unit amal yang terlibat di atas komitmen yang telah diberikan.

Thursday, November 5, 2009

Semoga memperolehi haji yang 'mabrur'


Beberapa hari yang lepas, Cikgu Sahruddin yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Sabah (Logistik) telah berlepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji pada tahun ini. Bersama beliau ialah isteri tercinta. Jabatan Amal Negeri Sabah mendoakan semoga beliau memperolehi haji mabrur.

Tuesday, September 29, 2009

Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Sepanggar

Satu Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Sepanggar telah diadakan pada 27 September 2009 bersamaan 08 Syawal 1430H di kediaman rasmi YDP PAS Kawasan Sepanggar, Ustaz Abu Ashraf. Majlis tersebut bermula daripada pukul 10 pagi sehingga pukul 3 petang dan kira-kira hampir 1000 orang telah menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada penduduk tempatan sekitar kawasan Sepanggar, ahli-ahli PAS serta pimpinan dalam komponen Pakatan Rakyat (PR).

Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Sepanggar kali ini telah dijayakan bukan sahaja oleh ahli PAS Kawasan Sepanggar tetapi juga dengan adanya bantuan dan sokongan daripada PAS Kawasan Putatan. Dalam majlis ini, seramai 15 orang anggota Unit AMAL PAS Kawasan Sepanggar telah turun bertugas bagi melicinkan perjalanan majlis ini seperti mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan tempat letak kereta serta keseluruhan lokasi majlis tersebut.


Anggota Unit AMAL PAS yang sedang bertugas


Seorang anggota Unit AMAL PAS sibuk mengawal lalu lintas

Pihak PAS Kawasan Sepanggar mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua anggota Unit AMAL PAS Kawasan Sepanggar yang terlibat dalam memberi komitmen dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Sepanggar.

Tuesday, September 22, 2009

Sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan untuk menikmati kemanisan Ramadhan kali ini. Kesempatan ini Jabatan Amal Negeri Sabah ingin mengucapkan kepada semua seluruh muslimin dan muslimat:

Selamat Hari Raya Idulfitri
Maaf Zahir dan Batin

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Sunday, August 9, 2009

Gotong Royong & Hari Keluarga Kampung Lobou!

9 Ogos (Ahad) Satu program bersama penduduk kampung Lobou, Kota Kinabalu anjuran Unit Amal telah berjaya diadakan. Program yang bermula seawal 7 pagi ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk. Antara aktiviti yang diadakan ialah:

1. Membersih dan menambah-baik surau (Anggota unit amal & Lelaki kampung yang muslim)

2. Membuat papan tanda kampung (Anggota unit amal & Lelaki kampung non-muslim)

3. Belajar membuat pizza (Kaum ibu) yang di ketuai oleh sdr fiteri.

4. Sukaneka (bagi kanak2) yang di kendalikan oleh sdr nadir (Naib ketua pemuda Sabah).

Program ini seterusnya dirasmikan oleh YB Ust Nasir Zakaria pada sebelah tengah hari. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, DPPP telah menyumbangkan 22 kampit beras (10 kg) kepada penduduk miskin. Selain dari itu, sebuah mesin rumput turut dihadiahkan kepada Kg. Lobou. Majlis tamat pada 1.30 ptg dengan majlis makan tengah hari bersama penduduk.


(Dari kiri) Sdr. Nadir, Ketua kg Lobou, Ust Nasir, Ust Nazridin & Ust Anuar

Selain dari itu, pada hari yang sama Unit Amal juga telah menghantar seramai 5 anggota ke Kg. Kopongit bagi program gotong royong surau disana. Tahniah kepada anggota Unit Amal yang telah memberi komitmen yang terbaik.


Mengecat surau

Menyiapkan tandas

Saturday, August 8, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG JABATAN AMAL SABAH